Sunday, May 7, 2017

Tunduk

Sejadah dihampar,
Badan sedia tegak berdiri.
Takbir diangkat,
Bisikan niat ikhlas berbunyi.

Allahuakbar..
Tunduk, menghadapNya.

Mata dipejam,
Khusyukkan bacaan.

Telinga dibuka,
Mendengar lafaz sendirian.

Seketika tersekat-sekat,
Terasa kerdil di hadapanNya.

Cuba gagahkan,
Teruskan pergerakan.

Rukuk, sujud bangun semula.

Sedari di akhir sujud,
Tidak mampu lagi menahan rasa.

Mengalir air mata, 
Menangis sepuasnya.

Hanya bisikan hati mampu berdoa,
Hanya Dia yang Mengerti dan Mendengar.

Lama..

Lama sujudnya.

Bangun kembali melafazkan salam,
Menghembuskan perasaan senang.

In shaa Allah.. Alhamdulillah.. Astaghfirullah.. La ilaha illallah

Tangan ditadah membaca doa,
Semoga dimakbulkanNya.
-NazihahJusoh

Kita Berbeza

Dunia tak seindah yang kau sangka.
Kejap indah, kejap gelita.

Kadang apa yang kau cari tak kunjung tiba.
Namun apa yang kau tak rela datang menerpa.

Hidup tak semudah yang mereka kata.
Sebab mereka tak nampak apa yang kau derita.

Kadang menangis kadang tertawa.
Namun hati ini saja yang tahu rasanya.
-NazihahJusoh

Manusia Biasa

Dia hanya manusia biasa.
Yang inginkan sama macam lain-lain manusia.

Dia punya hati.
Yang ingin dilindungi.

Dia pun punya rasa.
Yang ingin dijaga.

Semua yang ada, bukan untuknya.
Tapi semua yang dia ada, untuk semua.

Terkadang dia lemah,
Tersepit dalam dilema yang meresah.

Jatuh bangun dia palsukan,
Takut-takut ada yang ketawakan.

Tapi

Kerna dia juga punya hati,
Dia juga sentiasa ingin disayangi,
Difahami,
Dirindui.

Oleh mereka.

Namun tak mungkin tercapai semua,
Melainkan;

Secebis doa,
Yang terbitnya dari hatinya.
                                                            
                                        -NazihahJusoh

Hati Tempang

Kadang-kadang hati dah acuh. 
Diri dah lali menjadi tempat persinggahan.
Ada yang datang dan pergi; menumpang.
Ada yang pergi tak kembali; menyakitkan.

Hati sudah tempang,
Tak daya berkata-kata.
Malahan bukannya sekali,
Namun berpusuk-pusuk tembakan.

"Tidak mengapa", kata hati.

Biarkan diri ini kekal menjadi sebuah persinggahan,
Kerana kau tahu ia sekurangnya mengajarmu erti kehidupan. 
-NazihahJusoh

Friday, April 15, 2016

Kuatkan hati

Tersenyum aku sendiri
Mencari kekuatan hati
Yang tampaknya makin rapuh menanti hari
Menjadikanku susah mahu berdiri

Mana kekuatan itu?

Masih lagi aku tercari
Mengharap jangan sampai masuk ke mimpi
Hal ini bukan sekali
Tapi semakin menjadi-jadi

Mana diriku?

Hilang dalam lautan sendiri
Makin tenggelam dibadai motivasi
Yang tampaknya makin kurang; makin tiada isi

Bila

Bila akan ku bangkit?

Tewaskan semua ini
Menjadi diri aku kembali. 

Saturday, December 26, 2015

Jangan

Babe,
Kalau boleh aku nak pesan.
Satu je.
Satu jeee.
Iya satu je.

Babe,
Jangan kau hidup dalam pujian.

Jangan kau hidup dalam pujian 
kalau tu boleh buat kau buta.
Jangan kau hidup dalam pujian 
kalau tu boleh buat kau bangga.
Jangan kau hidup dalam pujian
kalau tu boleh buat kau tamak haloba.

Kau nak apa
Pujaan?
Sanjungan? 
Penghargaan?
Dengan kau makan pujian?

Babe, 
Makan pujian tak kenyang pun.


Jangan salah faham maksud aku.
Kita takkan boleh tolak pujian. 
Itu aku faham.

Tapi kita manusia biasa.
Aku manusia biasa.
Aku takut kita.
Aku takut kita dah terbiasa.

Suatu hari nanti akan terbiasa dengan mengharapkan pujian dan sanjungan yang tiada hentinya.
Sanggup lakukan apa saja agar semua dapat tumpu,
Semua dapat 'cuci mata' dengan apa yang kau ada.

Ingatlah babe,
Ni pesanan untuk aku, kau dan kita.

Sekali saja kita terjatuh dalam pujian,
Sekali saja kita abadikan hidup dalam pujian,
Ia takkan pernah cukup.

Betulkah sekarang kau tengah bahagia?

Aku minta maaf jika ada yang terasa,
Tapi;
Syukurlah dengan apa yang ada.
Tak perlu kau 'berusaha sampai nak mati' dek kerana pujian.

Serius, makan pujian tak kenyang pun.

-NazihahJusoh-

Takutkah aku?

Tadi aku termenung sebentar
terdiam sejenak
terfikirkan sesuatu 
sesuatu yang tak mahu aku
pernah fikirkan.

Aku membayangkan bagaimana 
dunia menjadi semakin canggih
ditelan arus masa
dan masa semakin singkat
ditelannya perbuatan manusia.

Aku bayangkan bagaimana 
ibu ayah abang kakakku dimamah usia
anak yang kecil menjadi semakin dewasa
dan semakin aku bayangkan itu,
aku sedar bahawa

Aku takut akan masa depanku.

Kalau boleh aku mahu hentikan masa
atau biarkan ia tersekat di sini saja
sebab bukan apa
sekali lagi aku kata,
aku takut.

Aku takut semuanya akan berubah.

Aku takut hilangnya orang yang aku sayang,
Aku takut hentinya persahabatan,
Aku takut bumi semakin bergetar, menahan kesakitan
yang akhirnya,
berhenti berputar.

Aku sedar sekarang bahawa.
iya,
Aku takut akan masa hadapan.

Adakah kerana aku takut akan kehilangan?
atau perubahan?

-NazihahJusoh-