Sunday, May 7, 2017

Tunduk

Sejadah dihampar,
Badan sedia tegak berdiri.
Takbir diangkat,
Bisikan niat ikhlas berbunyi.

Allahuakbar..
Tunduk, menghadapNya.

Mata dipejam,
Khusyukkan bacaan.

Telinga dibuka,
Mendengar lafaz sendirian.

Seketika tersekat-sekat,
Terasa kerdil di hadapanNya.

Cuba gagahkan,
Teruskan pergerakan.

Rukuk, sujud bangun semula.

Sedari di akhir sujud,
Tidak mampu lagi menahan rasa.

Mengalir air mata, 
Menangis sepuasnya.

Hanya bisikan hati mampu berdoa,
Hanya Dia yang Mengerti dan Mendengar.

Lama..

Lama sujudnya.

Bangun kembali melafazkan salam,
Menghembuskan perasaan senang.

In shaa Allah.. Alhamdulillah.. Astaghfirullah.. La ilaha illallah

Tangan ditadah membaca doa,
Semoga dimakbulkanNya.
-NazihahJusoh

Kita Berbeza

Dunia tak seindah yang kau sangka.
Kejap indah, kejap gelita.

Kadang apa yang kau cari tak kunjung tiba.
Namun apa yang kau tak rela datang menerpa.

Hidup tak semudah yang mereka kata.
Sebab mereka tak nampak apa yang kau derita.

Kadang menangis kadang tertawa.
Namun hati ini saja yang tahu rasanya.
-NazihahJusoh

Manusia Biasa

Dia hanya manusia biasa.
Yang inginkan sama macam lain-lain manusia.

Dia punya hati.
Yang ingin dilindungi.

Dia pun punya rasa.
Yang ingin dijaga.

Semua yang ada, bukan untuknya.
Tapi semua yang dia ada, untuk semua.

Terkadang dia lemah,
Tersepit dalam dilema yang meresah.

Jatuh bangun dia palsukan,
Takut-takut ada yang ketawakan.

Tapi

Kerna dia juga punya hati,
Dia juga sentiasa ingin disayangi,
Difahami,
Dirindui.

Oleh mereka.

Namun tak mungkin tercapai semua,
Melainkan;

Secebis doa,
Yang terbitnya dari hatinya.
                                                            
                                        -NazihahJusoh

Hati Tempang

Kadang-kadang hati dah acuh. 
Diri dah lali menjadi tempat persinggahan.
Ada yang datang dan pergi; menumpang.
Ada yang pergi tak kembali; menyakitkan.

Hati sudah tempang,
Tak daya berkata-kata.
Malahan bukannya sekali,
Namun berpusuk-pusuk tembakan.

"Tidak mengapa", kata hati.

Biarkan diri ini kekal menjadi sebuah persinggahan,
Kerana kau tahu ia sekurangnya mengajarmu erti kehidupan. 
-NazihahJusoh