Monday, April 27, 2015

Sendiri. Sunyi.

Sudahlah.

Aku tak minta kau untuk memuji, apatah untuk dipuji.

Bukan juga meminta untuk dikeji, mahupun dicaci.

Aku cuma ingin sendiri, dan disayangi.

Kalau dah sendiri, macamana nak disayangi?

Salah.

Tanggapanmu itu salah.

Kalau aku sendiri, aku boleh belajar menyayangi diri aku.

Kerana pabila timbulnya sayang pada Dia Yang Kuasa, aku takkan sunyi lagi.

Biarpun sendiri.

Orang kata, biar kita sendiri, asal jangan sunyi;

Aku sokong.
Sokong sangat.

Sebab bila kita sendiri tak bermakna kita sunyi kan?

Sebab lagi sedih bila kita ada semua, tapi tetap rasa sunyi dan sendiri.

Tapi kenyataannya;
Di alam 'baru' nanti pun kau akan sendiri.

Bezanya cuma adakah kau akan sunyi atau ditemani alunan zikir yang gemersik bunyi?

                                         -NazihahJusoh-

Thursday, April 23, 2015

Beza Kita Manusia

Mereka tak nampak apa yang kau nampak,
Sebab mereka tak saksikan apa yang berlaku dalam hidup kau.

Tapi masih, mereka nak mengata kan?
Buat kesimpulan yang entah dari mana datang kebenarannya,
Yang tak pernah wujud dalam dunia.

Yalah, oleh sebab mereka hanya duduk diam dalam dunia mereka sahaja,
tiada tahu apa pasal kita,
Sebab tu lah,

Sebab tu senang mereka nak mereka cerita
Konon mereka tahu segalanya

Padahal,
Nama ayah aku pun kau lupa.

Kau lupa sungguh manusia,
Kan?

                                         -NazihahJusoh-

Berubah

Mana aku yang dulu?

Makin lama, makin tersasar
Makin lama, makin susah.

Susah nak ubah segalanya.
Susah nak ubah diri ini menjadi yang asal.
Susah nak ubah apa yang hati ini rasa.

Memang manusia berubah antara mereka dua;
Semakin baik,
Atau
Semakin buruk?

Fikir kembali,
Apa aku berubah ke arah kebaikan
Ataupun keburukan?

Sedih,
Tunduk ke bawah.

Aku sendiri pun tidak tahu yang dahulu aku itu baik atau sebaliknya.

Tapi
Sungguh, setiap hari aku mahu jadi yang terbaik.

Hanya itu doaku.

Amin Ya Rabbal Alamin.

                                        -NazihahJusoh-

Saturday, April 18, 2015

Rindu atau Benci?

Kalau awak rindu saya,
Jangan tipu.

Ingatlah saya dalam hati awak,
Paling tak pun,
Dalam mimpi awak.

Atau,

Dalam ingatan awak.

Tapi,

Itu kalau awak rindu.

Kalau awak benci saya pun,
Jangan tipu.

Lupakanlah saya dalam hati awak,
Paling-paling pun,
Dalam mimpi awak.

Atau,

Dalam ingatan awak.

Awak boleh pilih,
Rindu atau benci
Atau
Bukan kedua-keduanya.

Cepat,
Buatlah pilihan.

Yang penting jangan sampai,
Makan diri.

                                         -NazihahJusoh-

Monday, April 13, 2015

Simpan

Kau pernah tak rasa, bila mana kau putuskan nak diamkan diri dan kunci mulut kau tentang sesuatu?

Bukannya rahsia pun,
Tapi kau lebih senang kalau kau tutup mulut;
Takut-takut apa yang kau cakap nanti hanya bagai menangguk di air yang keruh

Lagi-lagi benda yang kau tak yakin kau akan dapat dan kau akan buat.

Kau berani ke hebohkan pada semua?

Eh, mana ada heboh eh.

Jap,
Tak heboh, tapi semua orang tahu?
Macamana tu?

Nasihat aku juga untuk diri sendiri:

Senang-senang, kau simpan je buat diri kau seorang.

Ingat ya, tak semua orang perlu tahu apa yang kau nak buat dan apa yang kau dah buat.

Contoh;

Kau bersedekah, tapi orang kata tak ikhlas.

Sebab apa?

Sebab semua orang tahu, mereka cakap kau menunjuk.

Tengok?

                                         -NazihahJusoh-

Hidup

Bila kau besar sikit,
Baru kau akan tahu erti hidup itu apa.

Masa ini kau tak nampak,
Atau masih samar-samar dalam mencari apa tujuan hidup kau yang sebenar.

Sebab aku pun baru 18. (Ikut tahunlah)

Yet still, aku tak mampu nak cari makna sebenar hidup.
Memangla perkataan 'hidup' ni so subjektif;
Sangat umum.

Tapi dalam umum tu, mesti ada nilai kecil makna hidup ni kan?

Adakah hidup ni semata-mata tentang diri kau?
Adakah hidup ni semata-mata untuk mencari keredhaanNya tapi abaikan keredhaan manusia?
Adakah hidup ni semata-mata nak habiskan usia yang Dia dah bagi begitu sahaja?

Dalam hidup ini,
Banyak mana dah kau berkorban untuk diri kau?
Untuk keluarga kau?
Untuk Allah?

Hmm
Lalai kan kita ni.

                                         -NazihahJusoh-

Wednesday, April 8, 2015

Kongsi atau Bahagi?

Biar aku tanya kau,
Kau suka kasih sayang kau dikongsi atau dibahagi?

Dah jawab?

Baik, kalau dah ada jawapan dalam hati,
Cuba jawab soalan ini;

Kau suka kongsi kasih sayang atau bahagi kasih sayang?
Tak kiralah pada sesiapa.

Kongsi atau bahagi?

Mungkin ada yang kurang mengerti,
Eh apa beza dua benda ini?

Biar aku jelaskan, dalam konteks yang aku paham.

Kongsi,
Perbuatan yang kau memberi dan mereka menerima;
dalam keadaan adil

Erti kata lain;

Bila kau kongsi kasih sayang antara dua orang,
Mereka rasa senang,
Sebab kau adil.

Kau tak bela sesiapa
Dan kau tak bandingkan antara mereka.

Bahagi,
Perbuatan yang turut memberi dan mereka turut menerima;
Tapi dengan tidak seadilnya

Erti kata lain;

Bila kau bahagi kasih sayang kau antara dua orang,
Salah satu daripada mereka ada yang terasa,
Sebab kau pilih kasih.

Kau lebihkan seorang daripada mereka,
Hingga kau sanggup bandingkan mereka berdua; yang mana lebih baik.

Jadi bila engkau nak kongsi atau bahagi kasih sayang,
Sebaiknya kau fikir,
Apa kau suka kasih sayang kau dikongsi atau dibahagi?

Sebab tak adil bukan,

Kalau kau meminta untuk dikongsi kasih sayang,
Tetapi sebaliknya kau membahagi kasih yang mereka berikan.

                                        -NazihahJusoh-

Sunday, April 5, 2015

Hati

Haih.

Mengeluh lagi.

Tiba-tiba rasa kosong menguasai.

Tiba-tiba rasa rimas menghimpit diri.

Rasa yang tak mungkin dapat dikongsi.

Rasa yang susah untuk dinafi.

Tapi hati,
Jangan pernah kau berhenti!

Kuatkan diri!

Jika kau berhenti,
Apa makna hidup aku nanti?

Hati,
Kau yang paling dekat denganku.
Kau yang paling aku sayang.
Yang paling aku ingin jaga.

Tapi hati, sudikah kau jaga diri engkau untuk aku?

Hati.

Tolong jaga diri kau untuk aku ya.

                                        -NazihahJusoh-

Hanya Dia

Bedebuk.
Aku jatuh.
Cuba bangun.
Ah berat rasanya.

Pandang sekeliling, tiada yang ingin membantu.
Pandang sekeliling,
oh patutlah.

Rupanya aku dalam gelap.
Hitam.
Kelat.
Pekat.

Persoalannya, siapa yang mampu tolong aku saat aku jatuh dalam lorong gelap?

Saat aku rebah dalam hidup yang hitam?
Saat aku lemas dalam pekat malam?

Jangan tanya aku.

Kawan,
takkanlah kau tak tahu.

Iya,
Dia.

Allah.

Allah Yang Satu saja yang mampu tolong aku, kau dan mereka.

Hanya Allah, yang Maha Berkuasa.

                                        -NazihahJusoh-

Manusia atau Makanan?

Manusia ni macam makanan.

Makanan yang berbau sedap, sangat digiurkan.
Walaupun kau tak tahu makanan tu sedap atau tak, kau automatik yakin makanan tu memang sedap kan?

Sama jugak bila makanan yang berbau 'macam' sampah,
mesti
buat kau fikir 2 3 kali sebelum makan,
mesti
buat kau angkat kening,
mesti
buat kau berkerut dahi,
mesti
buat kau automatik yakin makanan tu tak sedap kan?

Tapi kau silap.
Kau silap sebenarnya.

Bila,
Makanan yang berbau sedap itu rasa macam sampah.
Tapi makanan yang berbau sampah itu rasanya amat sedap.

Heh.
Mesti kau malu kan?
Kau malu kan anggapan kau salah?

Ya, manusia memang begitu!

Pantang lihat perempuan cantik, lelaki bergaya,
wah dipuja puji.
Bila dilihat perempuan selekeh, lelaki serabai,
oh dihina keji.

Padahal yang cantik, yang bergaya itu hanya mahukan perhatian.
Yang selekeh, yang serabai itu hanya perlukan teman.

Ya, manusia memang begitu!

Pantang lihat orang kaya,
eh merekalah yang berkuasa.
Bila dilihat orang bercompang-camping bajunya,
ah "baik kau pergi!"

Padahal yang kaya itu hanya menumpang.
Yang bercompang-camping itu direnggut kebahagiaannya.

Beginikan manusia?

Tak,
Kau tak perlu tipu.

Sebab aku pun manusia.
                      
                                       -NazihahJusoh-

Mampu

Betul, aku tak mintak pun jadi begini.
Kadang sampai aku letih berfikir, kenang balik apa salah aku.

Selalu aku tanya diri aku;

Aku ni siapa? Salahkah aku? Jijik sangatkah aku?

Benda salah kecil aku buat, dibesarkan.
Benda betul besar aku buat, diperkecilkan.

Aku tanya diri aku lagi;

Weh sampai bila? Sampai bila kau nak tahan? Kau tak puas eh? Betul kau tak puas nangis?

Mengeluh.

Aku tak mampu jawab semua soalan tu.

Soal pedih, sakit jangan tanya sebab jawapannya tak sesukar soalan yang aku tanya diri aku sendiri.

Kau tau apa lagi sakit?

Ya, yang aku tak mampu jawab soalan tu.

                                   -NazihahJusoh-

Kaku

Pejam mata
Tunduk sebawahnya
Selam sedalamnya
Tahankan diri
Lupa segala.

Ada sebab di sebaliknya
Tak kira baik mahupun dusta
Aku hanya ingin seperti mereka
Yang terhalang oleh orang tua.

Ku pegang diriku jangan kau memberontak
Ku pegang diriku 'mereka sayang kamu'
Ku pegang diriku biarkanlah semuanya.

Tapi sering ku kecilkan diri ini
Oleh hati yg tiada mengerti
Minda kata sabar
Hati kata rempuh
Aku?
Kaku di situ.

                          -NazihahJusoh-

Buat apa?

Kau senyum, tapi sakit.
Buat apa?

Kau tunduk, tapi bongkak.
Buat apa?

Kau celik, tapi buta.
Buat apa?

Kau diam, tapi memberontak.
Buat apa?

Apa kau buat itu ikhlas?

Tepuk dada, simpan jawapannya.

                         -NazihahJusoh-

Saturday, April 4, 2015

Sesak

Aku merenung siling
Melihat putaran kipas
Mengingat memori dahulu
Mengenang kisah lalu

Cuba pejam mata.

Sakit,
Sakitku rasa.

Ku buka kembali mata
Tenang seketika
Nafas ditarik sedalamnya
Hembus sekuatnya

Ahh!

Dalamnya kesakitan.

Hingga nafasku terbantut
Tiada aturnya
Ku tekan-tekan dadaku
Hatiku kian berombak

Apa ia mahu berhenti?

-NazihahJusoh-

First entry be like.....

Assalamualaikum!

:credit to google

Alhamdulillah akhirnya berjaya membikin sebuah blog untuk yang ke-sekian kalinya. 

Terus kepada headline, kenapa Diari Dalam Hati

Mudah saja, sebab hati ini banyak menyimpan. Tak semua benda perkara kau bagitahu orang kan? In shaa Allah, apa yang aku tulis dalam ini, ikhlas dari dalam hati.

Mungkin lepas ini ada perkara yang aku tulis buat orang tak senang duduk, mungkin ada yang terasa, mungkin ada yang baru bangun dari mimpi.

Tapi bagi aku, menulis tak salah kan? Cuma perlu tahu batasnya. Oh, ya aku banyak guna bahasa baku di sini barangkali. Kerana lebih dekat dengan hati.

Untuk permulaan, aku akan re-type `puisi`yang sebelum ini hanya tersemat dalam hp. Jadi basically, inilah tujuan blog ini. 

Penuh dengan puisi, prosa yang mungkin tarik hati kau atau sebaliknya. Jangan risau, aku tak paksa kau baca. :)

Baiklah, setakat ini dulu. Segala layout atau edit untuk blog ini belum lagi aku uruskan. Masih mencari. Terima kasih sebab baca ya!