Tuesday, May 26, 2015

Percaya atau Tidak?

Jangan paksa aku,
Jangan suruh aku,
Kalau kau nak tarik balik.
Kalau kau tak percaya.

Sebab sesungguhnya aku benci,
Suruh itu dan ini tapi akhirnya nafi.

Itu bukti.
Bukti kau tak percaya dekat aku.
Yang akhirnya buat aku naik darah, atas apa yang kau cegah.

Kau dah tak percaya?
Berhenti suruh aku buat ya.
Aku sudah puas ikut telunjukmu,
Yang sudahnya hanya tahu mengarah dan mengarah.

Sudahlah,
Aku tak perlu mereka yang tak mahu percaya aku.
Sikit perkara bila kau buat aku ragu-ragu dekat kau;
Terus buat aku hilang percaya untuk kau.

Kau ingat kau seorang saja boleh mahu percaya atau tidak?

Aku juga boleh.

                                       -NazihahJusoh-

Saturday, May 23, 2015

Seni. Kertas.

Satu hari umpama sehelai kertas.
Kertas yang kosong.

Permulaan hidup baru, yang kosong.

Sama ada kau mahu conteng, ataupun lukis di atasnya.
Kau putuskan.

Conteng kerana tidak kepuasan hati sendiri
Atau
Lukis mengikut gerak tari tangan dan hati.

Abstrak.
Andai itu yang kau mahu coret atas sekeping kertas itu;
Seolah-olah hidupmu hari itu berwarna-warni.
Sungguh indah.

Marah.
Luahkan saja.
Campak saja warna yang ada.
Conteng sepuasnya.
Biar walaupun tiada siapa yang faham,
Asalkan hati kau puas melakukan.

Seni itu indah.
Jika hari engkau indah, kertas kosong itu pasti  kau simpan dalam ingatan.

                                      -NazihahJusoh-

Tuesday, May 12, 2015

Hati tanpa fungsi mati.

Dah lama tak menghirau, tak peduli akan isi hati.

Sebab sebenarnya aku malas.

Kalau aku ikutkan hati yang kering kontang ini,
Mahu saja aku campak diri sampai dalam kerak bumi,
Benam dalam-dalam diri ini,
Lari dari seluruh entiti yang hanya tahu memerhati.

Perjalanan aku takkan terhenti,
Hinggalah aku yang meletak papan tanda jalan mati,
Sebab itu aku cuba rempuh dan berlari,
Takut ditinggalkan penunjuk arah yang hakiki.

Sampai bila?

Sampai bila pun aku tak tahu.

Sumpah; makin lama,
Makin aku tidak percaya akan kata hati aku,
Bukan sebab aku tidak mahu,
Tapi sebab terbukti palsu.

Aku malu,
Malu dengan diri sendiri.

Maafkan aku hati,
Cukuplah sampai sini aku bertoleransi,
Tiba masanya; aku akan tunjuk bukti,
Yang minda sempit aku ini pun, hebat berfungsi.

                                        -NazihahJusoh-

Wednesday, May 6, 2015

Gelodak Hati

Kau tak pernah bagi aku ruang
Mahupun peluang.

Yang kau tahu hanya menyuruh, tanpa membenarkan.

Aku mungkin tampak kecil dan tak bermatang di mata kau,
Tapi aku punya hati kental,
Tak ingin dikawal.

Kenapa aku yang perlu terima semua?
Adakah aku mangsa?
Sampai bila aku perlu ikut kata-kata kau yang tak pernah membenarkan kata-kata aku?

Apa aku tidak punya pilihan?
Mengapa aku perlu mengikut kata orang; walhal di kemudian hari hati aku jugak yang terasa?
Mengapa?

Aku tahu.
Aku tahu kau nak lihat aku berjaya.

Persoalannya;
Walau aku berjaya sekalipun,
Adakah aku akan bahagia?

                                         -NazihahJusoh-