Saturday, December 26, 2015

Jangan

Babe,
Kalau boleh aku nak pesan.
Satu je.
Satu jeee.
Iya satu je.

Babe,
Jangan kau hidup dalam pujian.

Jangan kau hidup dalam pujian 
kalau tu boleh buat kau buta.
Jangan kau hidup dalam pujian 
kalau tu boleh buat kau bangga.
Jangan kau hidup dalam pujian
kalau tu boleh buat kau tamak haloba.

Kau nak apa
Pujaan?
Sanjungan? 
Penghargaan?
Dengan kau makan pujian?

Babe, 
Makan pujian tak kenyang pun.


Jangan salah faham maksud aku.
Kita takkan boleh tolak pujian. 
Itu aku faham.

Tapi kita manusia biasa.
Aku manusia biasa.
Aku takut kita.
Aku takut kita dah terbiasa.

Suatu hari nanti akan terbiasa dengan mengharapkan pujian dan sanjungan yang tiada hentinya.
Sanggup lakukan apa saja agar semua dapat tumpu,
Semua dapat 'cuci mata' dengan apa yang kau ada.

Ingatlah babe,
Ni pesanan untuk aku, kau dan kita.

Sekali saja kita terjatuh dalam pujian,
Sekali saja kita abadikan hidup dalam pujian,
Ia takkan pernah cukup.

Betulkah sekarang kau tengah bahagia?

Aku minta maaf jika ada yang terasa,
Tapi;
Syukurlah dengan apa yang ada.
Tak perlu kau 'berusaha sampai nak mati' dek kerana pujian.

Serius, makan pujian tak kenyang pun.

-NazihahJusoh-

Takutkah aku?

Tadi aku termenung sebentar
terdiam sejenak
terfikirkan sesuatu 
sesuatu yang tak mahu aku
pernah fikirkan.

Aku membayangkan bagaimana 
dunia menjadi semakin canggih
ditelan arus masa
dan masa semakin singkat
ditelannya perbuatan manusia.

Aku bayangkan bagaimana 
ibu ayah abang kakakku dimamah usia
anak yang kecil menjadi semakin dewasa
dan semakin aku bayangkan itu,
aku sedar bahawa

Aku takut akan masa depanku.

Kalau boleh aku mahu hentikan masa
atau biarkan ia tersekat di sini saja
sebab bukan apa
sekali lagi aku kata,
aku takut.

Aku takut semuanya akan berubah.

Aku takut hilangnya orang yang aku sayang,
Aku takut hentinya persahabatan,
Aku takut bumi semakin bergetar, menahan kesakitan
yang akhirnya,
berhenti berputar.

Aku sedar sekarang bahawa.
iya,
Aku takut akan masa hadapan.

Adakah kerana aku takut akan kehilangan?
atau perubahan?

-NazihahJusoh-

Thursday, December 17, 2015

Sakit Hati

Sakit hati yang ni lain sikit.
Bukan macam sakit hati biasa yang kau rasa bila orang cakap caci kutuk belakang kau.
Bukan macam sakit hati biasa yang kau rasa bila orang ejek hina sindir depan-depan kau.

Bukan, bukan sakit hati yang tu.

Sakit yang ni dia lagi dalam.
Lagi parah.
Lagi sakit.

Sakit hati yang ni bagai tercucuk-cucuk dalam hati sanubari kau.
Sampai bila kau menangis rasa dia menyengat senak bawah dada kau.
Sakit yang kau rasa bagai nak pecah dada kau berombak, menahan sakit.

Kenapa aku rasa sakit yang macamni, tuhan?

Tanya diri sendiri, apa yang kau dah buat.
Apa salah silap kau.
Tak perlu kau nak babit salah orang lain sebab honestly;
Sakit macamni kau akan rasa bilamana kau sakiti diri kau atas perbuatan kau sendiri.

Iya, sebabtu sakit dia lain macam sikit.
                    -NazihahJusoh-

Saturday, December 12, 2015

Terima Kasih

Terima kasih buat selama ini.
Terima kasih kerana selalu di sisi.
Terima kasih sudi menemani.
Terima kasih atas kasih yang tak terbahagi.

Masa pantas berlalu,
Tak pernah aku sedar kita mampu kecapi waktu,
Sehingga ukhuwah yang terjalin, teguh selamanya bersatu.

Sungguh syukurnya aku,
Mempunyai rakan sepertimu,
Yang selalu menghiburkan kala sendu,
Yang selalu menguatkan aku.

Ucapan terima kasih mungkin tidak terlawan,
Oleh itu aku hadiahkan keikhlasan dalam persahabatan,
Agar kita semua segar dalam ingatan,
Senyum dalam tangisan,
Ketawa tanda kebahagiaan.

Terima kasih kawan,

Sahabatku, terima kasih.
Aku sayangkan mu.

                  -NazihahJusoh-