Satu hari umpama sehelai kertas.
Kertas yang kosong.
Permulaan hidup baru, yang kosong.
Sama ada kau mahu conteng, ataupun lukis di atasnya.
Kau putuskan.
Conteng kerana tidak kepuasan hati sendiri
Atau
Lukis mengikut gerak tari tangan dan hati.
Abstrak.
Andai itu yang kau mahu coret atas sekeping kertas itu;
Seolah-olah hidupmu hari itu berwarna-warni.
Sungguh indah.
Marah.
Luahkan saja.
Campak saja warna yang ada.
Conteng sepuasnya.
Biar walaupun tiada siapa yang faham,
Asalkan hati kau puas melakukan.
Seni itu indah.
Jika hari engkau indah, kertas kosong itu pasti kau simpan dalam ingatan.
-NazihahJusoh-
No comments:
Post a Comment