Terima kasih buat selama ini.
Terima kasih kerana selalu di sisi.
Terima kasih sudi menemani.
Terima kasih atas kasih yang tak terbahagi.
Masa pantas berlalu,
Tak pernah aku sedar kita mampu kecapi waktu,
Sehingga ukhuwah yang terjalin, teguh selamanya bersatu.
Sungguh syukurnya aku,
Mempunyai rakan sepertimu,
Yang selalu menghiburkan kala sendu,
Yang selalu menguatkan aku.
Ucapan terima kasih mungkin tidak terlawan,
Oleh itu aku hadiahkan keikhlasan dalam persahabatan,
Agar kita semua segar dalam ingatan,
Senyum dalam tangisan,
Ketawa tanda kebahagiaan.
Terima kasih kawan,
Sahabatku, terima kasih.
Aku sayangkan mu.
-NazihahJusoh-
No comments:
Post a Comment